RSS

Saturday, April 30, 2011

~SelaMaT HaRI PeKerJa~

Pagi ni bangun terus mandi dan basuh baju.
Harus rajin terutamanya minggu2 study n exam nih!
Untuk menjamin kecergasan dan kesihatan tubuh badan. =)
Elok2 pas sidai baju, Ju datang bilik ajak teman turun pejabat nak hantar report akhir.

Okeyh..pas siap2, jalan la kami bedua ke pejabat tapi sampai ja kat pejabat
terkezut dua2 orang..kenapakah pejabat berkunci??
Hari ni kan hari bekerja (bagi negeri Kedah yer).
mana la makcik pakcik n akak abang pejabat nih!!
malas ek mentang2 la da study week..
Then terpandang pintu depan terbuka, so dengan confident yer kami masuk.

Ju seperti biasa dgn penuh keslumberan mengeloi2 orang pejabat.
Tapi hampa dan kuciwa. Xder yang sahut.

Tiba2 terpandang kalendar n teringat
"eh macam semalam jer aku wish hari pekerja kat Ju pas siapkan asgment"

hohoho..patutla pejabat tutup..
 hari ni hari pekerja okey, cuti umum
Diulangi CUTI UMUM.
Patut la pakcik kat dalam pejabat tu senyap jer masa kami panggil.
Sah2 menyorok kat atas.

Okey la pakcik, kita jumpa esok yer.
Maaf menganggu pakcik di waktu pagi pada hari pekerja berehat. :D
Nyway untuk semua yang da bekerja,

'HAPPY LABOUR DAY'
selamat beristirahat dan happy holiday

^_^

~lewat pagi~

Alhamdulillah =)
Setelah berpenat, berpening buat carta pie dengan cikJU
 akhirnya siap juga tugasan Dr. Isha.
Jam da tunjuk pukul 3.36am.
Moga esok bangun dengan lebih keceriaan dan semangat untuk belajar.

Gud nite fren.
^_^

~Cita2 Aku Masa Kecil~

Tengah2 kebosanan dengan kesunyian YAB n idea yang tenggelam timbul untuk buat report
terpandang segmen cita2 aku masa kecil..


weiiweii tiba2 terimbau kenangan masa kecik2 dolu..
punya la berangan bagai nak rak nak jadi ni..nak jadi tu..
haha..kanak2 riang yang cuma pkir seronok je kan,
imaginasi sangat tinggi..

okey..ni la cita2 aku masa kecik dulu

nak jadi wartawan penyiaran ala2 Datin Normala Samsudin

xpun pembaca berita TV3..
xkisah la yang mana pun asalkan wartawan yang cakap2 dalam tv..
(kecik2 da gila glamer kot) haha..

tapi itu semua dolu2 la masa syok2 berangan betapa glamer nyer dapat muncul dalam tv.
 di make up bagai n dikenali ramai..

tapi bila da kian membesar n da nampak hala tuju now tengah study kat UUM untuk jadi ini

Kaunselor sekolah @ cikgu BM (sebab minor dalam Bahasa Melayu) =)
Walaupun bidang berbeza tapi nampaknya masih ada signifikan di situ..
muahaha
kerjaya sebagai kaunselor juga masih memerlukan diri bercakap2 di depan orang walaupun bukan kamera n masih juga boleh dikenali ramai as a teacher..kuikuikui.

Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan. Terima kasih.
_______________________________________________________

Komen tentang blog Shera plak,
blog da nice, loading cepat n simple
cuma kaler agak dark..tp okey jer kalau Shera suka.
itu saja dari saya.
Sekian.

^_^

~pesan MAMA~

Sunyi sepi YAB nih..majoriti student da selamat berada di 
kampung masing2 sebelum stat final exam minggu depan.
Aku??masih di sini T___T
Wuhuuhu, ikutkan hati mau balik juga tapi tinggal 3 minggu jer pun before cuti panjang.
Mama telefon semalam n cakap,

"xpela mimi, xpayah balik. Siapkan apa yang patut n fokus pada study.
Jangan lupa, solat jaga yer, rajin2 buat solat sunat juga.
Bangun pagi buat Dhuha, rajin2 baca Alquran dan study betul2.
Nanti 20hb mama abah datang ambik"

Yippi!
Baiklah mama, anakmu akan sentiasa ingat pesanan tu. 
Moga kejayaan akan mengiringi usaha yang berterusan.
Mama abah doakan kejayaan mimi yer dan kawan2 wish me luck okey!!

^_^

Wednesday, April 27, 2011

~Segmen Review Dalam Review Bersama Kumpulan 11~

Hari ni nak siapkan task yang diberi oleh MR.PW..
maaf yer terlambat..tapi tetap buat.hehe
Sebelum tu, cikKhasha nak bagitau..
cikKhasha xla pndai sangat nak mereview blog orang nih!!
 nak komen2 bagai, maklum la masih hijau dalam dunia blog..
tapi bole la sket2 nak bagi komen based apa yang cikKhasha tau n nampak..
So selamat terjah semua
 happy reading =)

CHUBBY ITU MENARIK
Blog pertama ialah blog chubby itu menarik.
Blog yang nice sangat tema fruity, kaler pink2 bagai..i like..
header simple n cute 
(teringin juga i nak buat header cantik2..tapi xpndai sangat..tunggu la nanti bila free)
loading pun cepat..
so keep it up ur good work girl!!
jom ramai2 terjah blog nurul ni dengan klik header di atas yer.
^_^

deyna83

blog kedua kepunyaan akak deyna..
blog berkaler merah ni sangat menyerlah u dengan polka dotnya..
nak follow pun senang xpayah cari2 sebab buka2 jer da memang terpampang kat atas..
lagu?? okey la sebab bole stop kan kalau xmo dengar..
tapi nasihat PW pada saya ritu, xletak pun xper..
tapi okey je kalau kak Deyna nak letak..
=)
n i like tengok gambar2 baby cute kat slide tu..
so kawan2 jom ramai2 zaSS blog ni..klik kat header yer..
^_^


blog ketiga merupakan blog adik comel
dunia budak kechik.. =)
blog dia pun mmg da comel.. i like template tu..
cuma nasihat saya seperti yg dinasihatkan oleh PW pada saya suatu ketika dahulu..
(muahaha..bajet da lama)
lagu xpayah kot..sebab bukan semua orang suka dengar lagu tu..
tapi if adik comel suka..xkisah la..teruskan jer
semua orang berbeza citarasa kan..
nyway happy blogging yer..
jom ramai2 terjah blog adik comel dgn klik header di atas..
^_^

My Photo

Blog terakhir ialah blog Cpah Niza..
(maaf yer, da print scrn blog Cpah tadi, tapi nak upload gambar lambat..
so copy gambar Cpah jer la k)
berbeza dgn ketiga2 di atas, kaler agak dark..
tapi okey jer..setiap orang lain taste kan..
blog Cpah pun nice, simple..xbanyak widget..loading pun cepat jer..
tapi betul cakap chubby itu menarik..
kalau ada header lebih bagus..
(ini nasihat untuk diri i juga..hohoho)
so pas ni, jom pakat2 bt header kiutmiut yer..
kawan2, klik header di atas yer untuk terjah blog Cpah Niza..
^_^

okey, tu je yang boleh i review..maklum la xpndai sangat
so buat sekadar yang termampu jer..
lastly, terima kasih pada PW, Cpah Niza, Chubby itu menarik, adik comel n kak Deyna sebab sudi review blog khashamimi ni..
salam perkenalan n selamat berblogging..
^_^



Monday, April 25, 2011

~follow blog rakan seYAB~

Now nak join pemberian mata sira UUM untuk mereka yang follow blog rakan seYAB.
ehem-ehem..
hanya khas untuk mahasiswa/i DPP Yayasan Albukhary UUM sahaja okey!!
sebelum dapat sira, perlu lengkapkan tugasan ni dulu..
~so happy reading guys~

Aktiviti yang dianjurkan oleh rakan seYAB sangat best kerana :

Aktiviti yang dianjurkan sangat menarik.
Aktiviti tersebut bukan sahaja membolehkan kami mahasiswa/i DPP YAB
 bergiat secara aktif di peringkat kolej malah 
dapat membantu kami mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah dan 
memberi manfaat disamping menambah dan memperkayakan ilmu di dada. 
Selain itu, aktiviti yang dianjurkan juga membolehkan mahasiswa/i DPP YAB
 saling berkenalan dan mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain.
Apa yang lebih penting,
 melalui aktiviti yang dijalankan, mahasiswa/i DPP YAB dapat mengumpul mata sira sebanyak mungkin sebagai bukti mereka aktif dan bergiat cergas sepanjang mereka berada di Universiti Utara Malaysia =)

akhir kata, majulah rakan seYAB untuk DPP YAB!!yeah!

terima kasih sebab sudi bagi sira
^_^

~Jom Join Give Away Aimi~

Now nak join 
~jom join giveaway Aimi plak~
sekali lagi di tag oleh CikNor
rajin bebenor kome join GA yer cik nor =)


pada kawan2 yang nak join GA ni bole la click banner di atas.
Selamat mencuba kerana hadiahnya menarik.
Gud Luck yer!!!

saya tag

^_^

~Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana~

Jom ramai2 join segmen review ni..
nak join klik header ni yer..

Wacanaku

kenapa nak direview???
  padahal ritu da kena review oleh PW..hehe
sebabnya seronok juga bila orang review blog kita siap komen2 bagai..
komen2 tu la penting untuk penambahbaikan blog terutamanya blog saya yang masih baru.
Selain itu, dapat kenal kawan-kawan baru n eratkan silaturrahim.
Lebih banyak blog saya tahu, lebey banyak ilmu dan info terkini saya dapat..

Jadi terima kasih pada PW dan blogger2 lain yang rajin mereview blog nih!!
sekian..
^_^

~Yaya Azura 1st Giveaway~

Hallohallo
Petang ni nak join 1 segmen yang telah nor tag kan untuk me..me.. =)
~Yaya Azura 1st Giveaway~


jom kawankawan kita ramai2 join giveaway ni..
mana tau diri bertuah dapat hadiah misteri dari Yaya :D

okey now nak tag

selamat mencuba yer kawan2..
^_^

~oPPS bAksiS Uum #2~

Assalamualaikum n halo2 semua..
Semalam dah citer tntg homestay Sungai Badak kan..
Hari ni nak hupdate tntang my family angkat plak..
jom ushar2 gambar kat bawah.

faezah n me..my sibling angkat =)
lega hati bila dapat serumah dengan Faezah tau..sebabnya
 mula2 agak cuak, takut-takut dok sorang2 kat rumah family angkat macam baksis yang lepas..
sangat sedih n xsuke..

ini gambar keluarga bahagia..
my family angkat paksu n maksu
tapi diorang bahasakan diri abah n mama..
dua lagi anak2 comel mereka, Kak Yong n Siti.

Bila da dapat family, maka bermulalah hidup saya selama tiga hari di sana.

 paksu n maksu buka kedai roti canai =)
sangat sedap okey roti canai diorang, patutlah customer xputus2..
pagi2 kitorang breakfast kat kedai tu la..makan roti..
nyum!nyum!
bahagianya kalau dapat makan free slalu..~weeeii~

Masa pertandingan anak n bapa angkat..kupas n kukoq kelapa..
Faezah dipersilakan untuk bergandingan dengan abah..
sebabnya..kalau kembarnyer yang masuk..sah2 kalah awal..haha


snap2 gambar before berpisah..hukhuk..gembira dalam sedih nie.


me n kak yong...comel kan my adik angkat??? sangat2..
moga cita2 kak Yong nak continue pendidikan kt UPSI tercapai yer..

 pas acara sukaneka..before balik snap2 gambar dulu sementara tunggu abah layan karaoke..

Okey..itu jer..
yang pasti program keluarga angkat kali ni da best..
hubungan rapat yang terjalin dalam keluarga..
sambutan keluarga angkat dan penerimaan mereka buatkan diri ni rasa betul2 dialukan..

paling touching bila salam nak balik..
abah angkat mengalirkan air mata..sedih..
1st time kot tengok ayah angkat menangis..
slalunya makmak jer..
huhuhu

terima kasih pada paksu dan maksu sekeluarga..
segala budi yang ditaburkan..kasih sayang yang diberi walau sekejap
sangat2 saya hargai..ia akan kekal mekar dalam ingatan.
Moga ukhwah yang terjalin akan berterusan selamanya.

^_^









Saturday, April 23, 2011

~oPPS bAksiS Uum #1~

Assalamulaikum n hye2..
da berhari2 rasa xhupdate blog nih!!
maaf yer kawan2, minggu ni sibuk dengan program.
Okeyh, meh nak storymory sket.

21/4/2011 hari tu join opps baksis mahasiswa UUM ke
 Homestay Sungai Badak,Gurun Kedah sampai hari ni 23/4/2011.
sangat2 menarik n seronok.

So entry kali ni just nak perkenalkan homestay n promote2 sket..hehe.

Homestay Kampung Sungai Badak Gurun, Kedah terletak hanya 1km dari Pekan Gurun. Menyediakan pelbagai elemen seperti agro tourism, edu tourism, eco tourism, health tourism n spot tourism yang pasti menawarkan pengalaman, pemandangan, aktiviti, makanan dan keselesaan tinggal bersama masyarakat Melayu Kampung Sungai Badak.
Kedudukannya juga berdekatan dengan ladang sayuran dan kontan dusun nukleus durian.
Juga berdekatan Gunung Jerai.
(berdasarkan brochure yang diberi yer) =)

Berdasarkan pengalaman 3 hari 2 malam di sana,
walaupun xsempat berjalan2 menjelajah sangat sebab terikat dengan aktiviti bakti siswa,
tapi homestay ni sememangnya menarik.
Penduduk yang sangat2 mesra, ramah n alu2kan kedatangan tetamu buatkan kita sentiasa happy n seronok..sambutan diorang juga superb.
turun jer dari bas, kami disambut dengan kompang bagai. 
Semua penduduk tunjukkan kerjasama yang tinggi.
n uniknya ada pakcik ala2 pak jabit2 okey..hehe

so pada sesapa yang teringin nak rasa pengalaman baru suasana di kampung,
boleh la datang ke homestay nih!
 untuk grup yang nak join homestay, ada beberapa pakej kita bole pilih.
lebih 30 aktiviti menarik, berfaedah dan seronok disediakan.

tapi buat student yang nak cari pengalaman berbakti siswa, 
bole juga datang ke situ macam kami.
Xrugi yer, family2 angkat yang sangat sporting n mesra.
mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kita terutamanya untuk membantu anak2 kampung dari aspek akademik, motivasi dan sebagainya.

untuk keterangan lanjut, bole la hubungi:
Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda.
04-4211027.

itu saja untuk entry kali nih!
esok2 rajin..
nak hupdate aktiviti n gambar2 sepanjang join baksis pulak!!

sekarang nak mencari bantal dan tilam.
sesungguhnya selepas 3 hari,
saya sangat2 rindukan keempukan tilam di katil sendiri.
muahaha

bye n gud nite ^_^


Tuesday, April 19, 2011

~Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas~

Assalamualaikum n hello!!
Malam ni nak share info sket.
terbaca artikel ni kat fesbuk n rasa patut share dengan kawan2 yang lain sebagai pengetahuan tambahan..

~happy reading~
^_^
_________________________________________
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas~   
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak 
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.   

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
__________________________________
Moga semua dapat faedah melalui pembacaan ni
amalkan gaya hidup sihat!!
sayangi jantung anda!!
=)

Monday, April 18, 2011

~HaPpY bIrThdAy NoRihAn~

Happy birthday to u..
happy birthday to u..
happy birthday to Norihan..
Happy birthday to u..
 ^_^

post malam ni special untuk nor sempena besday anda yang ke-23..
hehe da pangkat akak okeyh!!
mimi doakan semoga nor berjaya n cepat2 kawen..kuikuikui

spesel gambar2 kek ni mimi upload untuk nor tau..

nampak cute kan kek ni..nak beli xmampu..so gambar jer la ek..hehe

 kek ni nampak simple n menyelerakan..kan?kan??

okey la..da sangat mengantuk..
moga setiap yang nor hajatkan akan tercapai. InsyaAllah.

frens forever ya..n satu lagi
sepanjang jadi rumate nor..
mimi sangat hepi sebab nor sentiasa jadi
 pendengar yang setia n rumate yang baik..
 =)
thanks for everything ya..
muah!muah!

gud nite
^_^

Saturday, April 16, 2011

~monolog dalaman~

~setiap orang boleh berubah dan setiap orang berhak berubah~
yang penting saling tegur menegur, ingat mengingati dan nasihat menasihati.
xperlu pandang rendah atau hina orang lain kerana sesungguhnya setiap manusia ada kelemahan masingmasing.
bila kita perasan ada yang buat silap, xsalah kalau kita sedarkan dia.
dan jika ada yang tegur kita buat silap, cepat2 kita nilai diri kembali.
kadangkala kita xsedar bahawa kita da lakukan kesilapan.


sekadar monolog dalaman untuk muhasabah diri di awal pagi.


~khashamimi~
^_^

Friday, April 15, 2011

~RiAng Rasa Di HatI dApAt bErteMu dAddy n Mummy~

Yeehaa..
Sangat hepi tonite sebab malam ni my lovely mama n abah datang ke
 bumi Sintok yang serba permai ni.
Terubat rasa rindu =)
baru la semangat nak lalui hari2 exam yang bakal jengah xlama lagi..
 ^_^
Moga perjalanan pulang mama dan abah selamat.

 Owh satu lagi,
Good Luck yer CikNurizzati untuk interview esok..
Moga anda lulus dengan cemerlangnya..

~Gud NiteZzz~

Thursday, April 14, 2011

~SerAbut~

Tadi blogwalking ke blog2 orang n join segmen untuk hilangkan rasa serabut di hati.
Semak perut, headache semua da ada sekarang.
Minggu depan dah kena hantar tajuk untuk latihan ilmiah.
T___T

Masalahnya sekarang, tajuk pun masih samar2.
tadi da lepak library pas kelas kunun2 nak intai2 thesis orang mana tahu dapat celik akal ker..
tapi kuciwa..haish!!

Now cubacuba godek-godek dunia maya plak..
mana tau dapat ilham ker kan..
Doakan moga malam ni berjaya dapat tajuk yang sesuai =)

Cuba tenangkan minda dan riangkan hati.Bye.
^_^


~Ben Ashaari Gegar Lagi~

Satu lagi segmen untuk hari ni =)
~Ben Ashaari Gegar Lagi~
Jom kawankawan kita kasi gegar ramai-ramai..

image
klik header ni untuk join yer.. =)
^_^

~Blog Review ItsMeSepul~

Salam petang semua!!
Jom kawankawan join segmen ni plak
~Blog Review ItsMeSepul~


Hadiah menarik menanti top3 iaitu :
link blog terpapar pada side bar blog ItsMeSepul dan dapat domain percuma.

Semoga berjaya
^_^

kawankawan yang di tag sila join okey =)


Wednesday, April 13, 2011

~mAlAm yAng InSaf~

Assalamualaikum semua =)
owh hari ni saya jadi budak baik..alhamdulillah.
ustazah pesan kalau kita xlibatkan diri dalam majlis agama, mendengar tazkirah atau mengisi rohani dengan perkara-perkara yang menyedarkan kita dari kesilapan selama seminggu, hati kita akan mulai kosong dan semakin lama kita biarkan ia akan semakin hilang. Jadi mula la kita naik tanduk. :D

Seronok dolu2 zaman sekolah ada usrah, ada ustazah yang sentiasa bagi tazkirah, 
saling ingat-mengingati, bagi nasihat dan pedoman..kat rumah ada mama abah yang sentiasa tegur.
tapi sekarang da susah nak dapat semua tu.

mungkin orang bole cakap
 ah!! alasan..ilmu kat mana2 pun bole cari..antara mau atau tak.
tapi serius..bila diri dilanda kesibukan yang amat, badan letih..tambah xde sapa2 yang nak ingtkan atau paksa,
majlis2 ilmu untuk pengisian rohani pun kurangla attend.
(kadang-kadang biar kena paksa..rasa terpaksa lebih bagus dari kita xdapat ilmu berguna..sebab akhirnya, kita akan sedar juga yang ilmu itu sangat berguna..kan..kan)

tapi hari ni bangun awal2 pagi pas subuh da terbaca tntg artikel rupa kiamat..
sangat2 menginsafkan.
malam ni pulak tengok video tntg mandi jenazah dan suara dari kubur..
bila tengok video2 cam ni, keinsafan mula timbul. 
atleast jiwa terisi dengan perkara2 yang memberi manfaat.
then, tengok siri the arrival..
betapa kita cuba dikuasai dari segi mind, body and soul..
(seharusnya lebih berhati-hati dalam menerima pengaruh luar yang kadang2
 kita xsedar mereka ada agenda tersendiri)

Alhamdulillah, 
malam ni masa terisi dengan perkara dan ilmu2 yang memberi kesedaran dan keinsafan.

selamat malam semua!!
 ^_^

~Alhamdulillah sangat lega~

Done!!
finally..selesai juga mengajar mikro tadi..
Alhamdulillah sangat lega dan lega dan terlebih lega. =)

and komen Tuan Haji :
suara awak ada lenggok yer..irama..ini kalau mengajar sekolah rendah sesuai..
T___T
huhuhu cam mana ni!! da tebiasa kot dengan bebudak
ritu jadi cikgu sandaran pun mengajar darjah 1..
kat rumah pun sangat2 like kanak2 riang dan comel..
so mengajar pun da terikut2 nada mengajar budak2..

chup!!
adakah aku masih kebudakan??
T___T

jadi cikgu MIMI,
harus perbaiki ye intonasi agar lebih matang dalam bercakap..
nanti praktis depan cermin banyak2 n sila tengok video2 cikgu mengajar sekolah menengah.
(jangan orang kata gila sudah)

yang penting!!
cakap seperti mengajar pelajar sekolah menengah bukan mengajar murid-murid sekolah rendah...

praktice make perfect right??
okeyh da nak cari cermin n cakap sorangsorang.
tata ^_^


Tuesday, April 12, 2011

~Europe Lucky Draw by Trigyy~

Morning guys..
Jom pada sapa2 yang nak cenderamata dari Italy, Austria, Germany n Belanda,
kita pakat2 join segmen lucky draw ni..
nak tahu lebih lanjut sila klik header ni yer..


tuan empunya blog ni pegi melancong sekitar Europe
so sebagai cenderamata untuk rakan2 blogger,
dia akan bagi pada sapa2 yang bertuah cenderamata yang di bawa pulang tu..
so selamat berlucky draw semua.

^_^

~hePi BesDAy my LoVely Abah~

selamat malam semua..
hari ni 12 April is my abah besday..
tapi sorry abah xdapat nak celebrate beli kek bagai @ buat mini party kat rumah sebab
 anakandamu sekarang jauh di perantauan..
T__T

huh!
I really miss abah damn much and also my mama..
tadi col..xdapat tngok muka,
 dapat dgr suara pun jadi la..

untuk besday abah yang ke-55
mimi doakan moga abah diberi kesihatan yang baik dan terus bahagia disamping mama dan anak2 tercinta.

moga Allah berikan kesempatan kepada NURSHAMIMI ZAINUDDIN untuk membalas jasa2
 dan kasih sayang yang telah abah curahkan.
walau setiap pengorbanan itu ikhlas diberi tanpa mengharapkan balasan,
tapi setiap senyuman yang terukir di wajah abah..
 merupakan kebahagiaan dan kepuasan buat anak-anak.

terima kasih abah untuk segalanya yang telah abah beri.
I love u and always love u..
balik ni kena copy koleksi gambar2 abah dalam komputer rumah masuk my sweet lappy
sebab  abah sangat xsuka begambar..xjumpa gambar abah sorang2..T__T

okey gudnite guys..
 ^_^


~NeRvOuS wEyh!!~

Assalamualaikum n hye..
Malam ni agak cuak rasanya..
confirm2 hati terus berdebar tunggu hari esok berlalu.
bole tak cepatkan masa ke hari lusa????
T____T

tahu tak kenapa?? 
sebab
Esok ada latihan mikro iaitu latihan mengajar dalam kelas..
wuhuu...xready lagi nak jadi cikgu. 
sangat nervous + cuak + gabra 
harap2 jangan parkinson sudah..
hohoho


tapi walau cuak, sebenarnya cikgu rasa xsabar juga.. =) 
(eh tersasul plak) kuikuikui
atleast pengalamankan before betul2 praktikal..
nantikan kena berdepan juga dengan semua tu..
okeyh!!chaiyok!!chaiyok!!

moga cikgu dapat tersenyum gembira macam ni esok..
cepat semua!!tolong doakan sama2..
amin.
terima kasih ^_^

positive!!
walau takut kena berdepan juga, so kuatkan semangat..praktis betul2..siapkan diri selengkap yang boleh..
harap2 esok semuanya berlalu dengan lancar, tenang, baik dan berjaya..
InsyaAllah.

saya bangga bakal menjadi seorang guru!!
terima kasih pada cikgu2 saya dari tadika,sekolah rendah, menengah dan universiti.
terima kasih juga pada mama dan abah yang sentiasa menjadi guru di rumah.

okey nak continue praktis mengajar
tata.
^_^

 
Copyright kHaShaMIMI 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .