RSS

Tuesday, May 10, 2011

~panas sangat sekarang~

Assalamualaikum..
Perasaan tak korang sekarang sangat panas kan..
Tido malam berpeluh2 apatah lagi kalau tido siang..
bangun jer tido umpama baru lepas mandi.

Rupa-rupanya fenomena panas ni disebabkan kesan Ribut Aere di Filipina.
Nak tahu lebih lanjut jom baca sedikit petikan dari berita Harian.

____________________________
Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat dan Utara Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.

“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.
_____________________________________

Patutla Sintok ni panas semacam walaupun dalam hutan. T__T
Bila jadi macam ni, tiba2 teringat minggu lepas tengok National Geographic.
ceritanya tntang dunia semakin panas..
Lebih kurang macam ni la..tapi kesannya lebih dahsyat.
Bila bandar New York ditenggelami air..
Tumbuh-tumbuhan yang biasanya hanya ada di Asia Tenggara mula tumbuh di sana.
Berlaku perpindahan beramai-ramai ke kawasan desa untuk cari udara sejuk.
Ramai manusia mati disebabkan panas terlampau.
Owh xmau bayang dunia masa tu. Dunia akhir zaman.
Banyak yang kita xduga bakal berlaku.

Hurm moga kita dapat sesuatu daripada fenomena ni.
Renung2 kan dan selamat beramal.
(kata Prof.Izi =)
Okeyla..
Nak sambung study balik.
bubye ^_^

3 budak comel:

sha said...

Oo, begitu ya..

prof izi tu sapa ek?

cik HUSYI said...

Hmm,betul tu!
Malam malam pun panas betul.

nurshamimi zainuddin said...

hehe..ala prof izi haji Ali..yang slalu muncul kt hot.fm tue.. ^_^

 
Copyright kHaShaMIMI 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .