RSS

Monday, May 23, 2011

~selamAt sudah~

Finally, me@home sudah.
home sweet home ^_^
Hati sangat riang dan gumbira xterkata.
Cuma yang sedihnya, semalam tok jatuh. lutut da bengkak. 
Tapi alhamdulillah, hari ni da makin okey!

Bila kat rumah, macam-macam la plan terlintas nak buat.
Tapi yang penting, nak cari kerja dulu. Bosan kot 3 bulan cuti xbuat apa.
Smua sibuk keje n sekolah..xkan aku nak dok melangut sorang2 kan.
Atleast kalau kerja, dapat jugak duit poket sendiri.. nak shopping2 ker, jalan2 ker..
muahaha i love it!!
(okeyh tibatiba semangat carik kerja berkobar-kobar)

Semalam dok lepak-lepak depan rumah tok, sempat juga snap2 gmbr dengan adik2 sepupu.
sangat meriah dan kecoh!! sayang semua..muah..muah

ummi n sheikha sangat suka lompat2

diorang nih suka sangat lompat2

sheikha n me!!

anak jiran n me..budak hensem yang cakap banyak!!

lompat apek lompat..aiyak!!

okey nanti kita jumpa lagi dengan lain story..
papai ^_^





Thursday, May 19, 2011

~TimbAng beRat Blog~

Hallohallo
Bosan hari nih! xder teman nak gosip2, so sangat rajin berblogwalking..
Terpandang cara nak timbang berat blog.
Sajer nak uji2 berat my sweet blog ni kan..
So ni lah hasilnya..taadaaa!!!

#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1khashamimi.blogspot.com120.19 KB0.72 seconds0.01 seconds


Kira ringan le kan..
Ada sesetengah blogger cakap saiz 100kb adalah berat yang ideal tapi ada jugak yg kata 150-200kb still okey..
Maklumat ni hasil bacaan dalam blog kawan2 yer..hikhik..

So saper2 yang belum timbang berat blog kesayangan anda n terasa nak cuba-cuba,
klik sini yer..

Selamat maju jaya
^_^

~kasihnya Ibu ^_^ membawa ke syurga~

Salam jumaat yang indah kawan-kawan..
Pagi ni masa online baca paper.. terbaca artikel di ruangan pesona KOSMO!
~Tajuknya tragedi korban ibu~




Mesti korang ingat lagi kan tntg pengorbanan ibu yang berusaha selamatkan anak-anak dalam kebakaran di Kelantan hari tu..huhuhu sangat tacink bukan??
Tapi itulah realitinya, kasih ibu mengatasi segalanya. Biar diri terkorban asalkan anak-anak selamat.
Rasa sedih bila baca artikel ni.
Nak tahu kupasan lebih mendalam klik sini yer!!

Erm semua orang yang ada mak di luar sana, hargailah mak anda.
Kadang-kadang mak kita berleter panjang, tapi leteran tu sebenarnya nak bentuk kita jadi manusia.
Kadang-kadang mak kita diam bila kita buat salah, tapi itu tandanya dia kecewa.
Kadang-kadang kita tak tahu, mak kita menitiskan airmata sebab kita.
Kadang-kadang kita tak tahu, mak kita selalu berdoa untuk kebaikan kita.
Kadang-kadang kita tak tahu, mak kita bersusah untuk kita.


tapi kita sebagai anak apa yang kita buat???
Cuba kawan-kawan renungkan sendiri. Hanya kita yang tahu apa yang pernah kita lakukan pada mak.
Andai kita membahagiakan mak, Alhamdulillah teruskan. Moga syurga menanti.
Tapi jika kita menyulitkan mak, sesungguhnya janji Allah adalah pasti. beribu kali kesulitan yang bakal kita hadapi..mohon kita dijauhkan.


Tapi sesungguhnya, selagi ada masa, tunjukkanlah kasih sayang kita pada mak.
Kita tak tahu bila masa tuhan akan menjemput mak kita dan kita tak tahu bilakah ajal akan menjemput kita.
Macam tragedi korban ibu, sekelip mata jer, ibu pergi tinggalkan anak-anak.
So kawan-kawan, hargai masa dan kesempatan yang diberi.
Selagi termampu balas lah segala jasa mak kita.
Yer setiap pengorbanan yang dilakukan, ibu tak pernah minta balasan. Tapi itulah tanggungjawab kita. 
Bukan saja pada ibu tetapi juga pada lelaki yang bergelar ayah.


Moga kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah.
Moga kita dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa.
Moga Allah beri kesempatan untuk kita merasai kasih sayang seorang ibu dan berjasa kepadanya.
~InsyaAllah~


psst : xsabar nak balik rumah nak dok dekat dengan mama dan abah!! 
^_^

~maka berakhirlah sudah~

Salam khamis yang tenang =)
Dengan ini dengarlah sekalian alam..
hari ini hari khamis 19 mEI 2011 maka tamatlah sudah semester enam aku di UUM sesi 2010/2011...
yippy!!!

hohoho sangat hepi bila da habis exam tadi..tenang dan nyaman..Result??? Owh no!! jangan sebut sekarang..pleaze!!lupakan..lupakan.. :D

Tadi pas exam, lepak2 dulu kat cafe makan2 akhir sem 6 dengan ila, ju, solehah..
ala-ala jamuan akhir tahun kat sekolah dolu2..
memang puas makan hari ni pas kejadian hampir muflis ritu.. =)

Malam ni da siap packing2 barang hantar p pantry..kemas-kemas bilik..
huh!!penat kot every sem cam nih..
sem ni kena angkat barang turun bawah plak dari paras 5 ke paras 2..
harap-harap sem depan kekal di paras dua lagi..amin.
so tak payah la penat2 sangat.

Bila da siap..dok relax layan FB n BLOG..jengah2 blog orang..tapi..tapi..
rasa sayu plak bila terkenang sem depan ramai kawan2 yang da xder cni.
My ex-rumate nor n min da habis blajo..
tinggal la aku yang masih setia di bumi sintok tercinta nih!

Okey2..xpayah tacink2 sangat...ritu da puas menangis masa nor nak berangkat..
rini sebab exam jer kalau tak skali lagi air mata turun berjurai2 sebab min plak da angkat barang nk balik.

Positive sayang!!
Jodoh pertemuan ajal maut kan di tangan tuhan.
Andai berjodoh satu hari nanti pasti bertemu jua..
lagipun skrang kan da maju..ada fb, ada 3g...dunia tanpa sempadan, 
kat mana2 pun stil bole jumpa walaupun sekadar d alam maya..

^_^
patah tumbuh hilang berganti kan???

apa-apa pun..tamatlah sudah semester enam.
Sem depan akan datang dan moga ianya tiba dengan membawa lebih banyak sinar bahagia.
amin.

psst : exam da habis, mau berfoyafoya sekarang...haha layan movie layan fb.
balik penang nanti mau terjah panggung plak..
nur kasih sedang menanti..

~PENANG!!! 21/5 nanti kita bakal bertemu~
papai ^_^

Monday, May 16, 2011

~dah jatuh ditimpa tangga...huwaa~

Assalamualaikum..
Bangun pagi2 siap comel2 dengan semangat waja nak  kluar p Changlun dengan misi memenuhkan wang di poket..
maunya x excited, duit da nazak, cukup2 tinggal 3 ringgit buat tambang jer..
konon2 nak berdikari..xmo susahkan mama abah.
anak mama abah kan da besar haruslah belajar erti susah mencari sesuap nasi. kan.kan.

Okeyh matlamat utama nak serbu CIMB sebab nak kuarkan duit dalam ASB.
(duit simpanan masa depan yang asyik2 terkurang =D)
Sumpah sangat bersemangat wei bila terasa diri di paras muflis.

Bertemankan rumate yang juga mempunyai hasrat murni yang serupa, kami kuar dgn perasaan berbunga2. Sampai depan pejabat, STOP. 

aku : "Kenapa pejabat tutup? hari ni kan hari selasa."
Then rumate dgn slumbernye :  "hari ni kan Wesak Day. Cuti Umum. Pejabat tutup la."
aku : "wesak day?? bank tak tutup kah??"

Owh aku skali lagi tertipu dengan mainan cuti umum. Tu la padahnya bila bilang hari tapi xtengok kalendar n update isu semasa.

Lantas capai hp mesej cikja (sebab suami dia pengurus bank) ada kaitan dengan bank2 sekalian.

aku : "Hye darling, cikja hari ni semua bank tutup ker??" 
(soalan aras mudah, budak tadika pun bole jawab) 

Cikja : "Ya laling, bank tutup. Satu  bank ja buka, jamban bank."
T____________T

Okey!okey!
Dengan berbekal 3hengget, aku ajak rumate p cafe n makan nasi goreng + sosej. Then, buat muka kesian minta air rumate. T__T

malam ni skali lagi kena buat muka skupang untuk meraih simpati kawan2 sebelum tibanya hari esok. Harap2 esok semua bank buka n ASB online.
(semua cepat tolong doakan)
Moga kalian dimurahkan rezeki =)

psst: hidup di u banyak mengajar aku erti kesusahan dan berdikari. Perasaan segan pada mama abah untuk minta duit.walaupun tahu, kalau minta confirm cepat jer dapat. Xpayah susah2 kuar jauh2 @pun buat muka kesian pada kawan2. Tapi pengalaman ni mengajar aku untuk lebih matang dan bersedia untuk tempuhi masa mendatang. Korang pun pasti pernah alami jugak kan????

^_^

Saturday, May 14, 2011

~jom LayAn..Zasss~

Assalamualaikum =)
tengah study layan nasyid slowslow..
tiba2 terjatuh cinta dengan lirik lagu nih!!
muahaha mood jiwang kot..

jom hayati ramai2..
^_^

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

lagu : permata yang dicari by Dehearty


 "Ya Allah, jika dia milikku, tetapkanlah hati ini untuk dirinya. Moga cinta ini keranaMu ya Allah. Tapi jika dia bukan milikku, damaikanlah hati ini. Sesungguhnya, setiap perancanganMu ada hikmah disebaliknya.
Moga cintaku kepadaMu ya Allah, mengatasi segalanya. Amin."

^_^

Tuesday, May 10, 2011

~oTak da Tepu weyh~

Salam.
Stat esok, exam paper berderet. Sekarang berdunia dengan bukubuku n notenote.
Esok exam, lusa exam, tulat exam. Otak asyik disumbatkan dengan ilmu2 mengejut selepas beberapa bulan blajo..kenapakah ilmu mengejut?kuikuikui.
sebab sepanjang sem ni dok sibuk berprogram jer..da dekat exam baru sibuk cari buku nak mentelaah.
kawan2 jangan tiru yer study las minit cam ni.

Bila da rushing, semua nak sumbat sekarang..otak pun da naik tepu.
sampai tengok note pun da xterkesan.
Banyak benda kena baca tapi mengadap note bole tengok saje plak..

T____T
sedih kan bila jadi cam ni..harap2 jadi pengajaran.
moga persediaan2 yang dibuat sepanjang study week ni membantu.
InsyaAllah esok berlalu dengan lancar dan tenang.

Okey, esok exam pagi.
Harus tido sekarang untuk kecergasan di pagi hari.
papai n gud nite semua.
^_^

~panas sangat sekarang~

Assalamualaikum..
Perasaan tak korang sekarang sangat panas kan..
Tido malam berpeluh2 apatah lagi kalau tido siang..
bangun jer tido umpama baru lepas mandi.

Rupa-rupanya fenomena panas ni disebabkan kesan Ribut Aere di Filipina.
Nak tahu lebih lanjut jom baca sedikit petikan dari berita Harian.

____________________________
Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat dan Utara Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.

“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.
_____________________________________

Patutla Sintok ni panas semacam walaupun dalam hutan. T__T
Bila jadi macam ni, tiba2 teringat minggu lepas tengok National Geographic.
ceritanya tntang dunia semakin panas..
Lebih kurang macam ni la..tapi kesannya lebih dahsyat.
Bila bandar New York ditenggelami air..
Tumbuh-tumbuhan yang biasanya hanya ada di Asia Tenggara mula tumbuh di sana.
Berlaku perpindahan beramai-ramai ke kawasan desa untuk cari udara sejuk.
Ramai manusia mati disebabkan panas terlampau.
Owh xmau bayang dunia masa tu. Dunia akhir zaman.
Banyak yang kita xduga bakal berlaku.

Hurm moga kita dapat sesuatu daripada fenomena ni.
Renung2 kan dan selamat beramal.
(kata Prof.Izi =)
Okeyla..
Nak sambung study balik.
bubye ^_^

Monday, May 9, 2011

~Study..study..study~

minggu ni hidup ditemani buku2..note2..slide2..n sewaktu dengannya.. =)
semangat tau tiap2 hari.
 bangun pagi study..pas makan tengahari study..pas makan malam pun study lagi.
tiga waktu sehari khas untuk study jer..
(hohoho bajet sangat2 rajin)
harap2 dapat study yang berkualiti. bukan study hanya pada nama :D

okey la harus siapkan diri dulu before kembali mengadap nota tercinta =)
Semoga usaha berterusan membuahkan hasil yang menggembirakan..
sem ni ada target yang harus dicapai.
Good luck sayang.

papai..^_^

Saturday, May 7, 2011

~hAppY mAma Day~

~Ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku~
tukar lirik sket
mama..mama..engkaulah ratu hatiku
=)
esok 8May 2011 adalah special day 
untuk semua mama2, ibu2, mak2, ummi2 dan mummy2 di luar sana.
walaupun pada hakikatnya everyday is a mothers day. kan?kan?
mesti ramai yang da plan buat suprise or party bagai untuk para ibu2 kan..
okey lah saya doakan semuanya berjaya dan ibu2 kawan2 semua sangat gembira dan teruja.

^_^

saya ada sorang mama. cuma dia.. tiada gantinya.
saya sangat sayangkan mama. sama seperti saya sayangkan abah.
cuma mama lebih dekat. sebab mama umpama besfren.
pendengar, penasihat, penceramah, pengajar, pemujuk dan segala-galanya.
belaian mama.dakapan mama. sentuhan mama.
bisa buat hati gelora menjadi tenang. hati panas menjadi sejuk.
setiap kata2 mama umpama perangsang kepada diri.
beri kekuatan dan semangat.

terima kasih mama for everything u hav done for me.
tanpa mama. siapalah mimi di dunia ini.

ini mama dan idola saya yang sangat2 cantik. Saya nak jadi seperti dia.
Wanita tabah yang sangat loving n caring.

oho..ada lagi..
walaupun saya cuma ada sorang mama tapi saya ada banyak mak.
Dan saya sangat sayang mak2 saya.
Mak-mak saya juga sangat caring n loving walaupun saya cuma anak sedara.
Mimi sangat bahagia ada big family yg sangat hebat macam ni.
Moga kebahagiaan terus mengiringi keluarga kita.
InsyaAllah.
(kawan2 tolong doakan juga yer) terima kasih :)

ini gambar mama, abah, mak2 sedara dan pak2 sedara tersayang =)

Lastly, Happy Mothers Day
untuk semua ibu2 dan bakal2 ibu di luar sana.
kena sambung study balik, exam da dekat.
bubye.

^_^

Friday, May 6, 2011

~GEGAR BLOG MAY : 2011 > BEN ASHAARI~

Da berhari xmelawat cni..maklum la sibuk study =)
Wish me luck okey!!
Sebelum tu jom ramai2 kita join
~Gegar Blog May Abg Ben~

Nak join klik header ni yer

[image[12].png]

okey..dat's all.
Moga semua hapy n ceria hari ni.
bubye ^_^

Monday, May 2, 2011

~TeRIMA kAsiH KaWaN~

Study week da dua hari stat, tapi aku baru nak mula rini.
Banyak benda yg perlu diselesaikan sebelum betul2 dapat fokus.
Note2 semua da kumpul, last asgmnent pun da siap.
Tapi kita merancang tuhan tentukan.

Roomate sakit teruk. Semalam drive ditemani Ju bawa Ila pegi klinik.
Tapi sayang semua klinik tutup. Hospital paling jauh kat Jitra.
Hujan sangat lebat dan jalan sangat gelap.
So xnak ambik risiko. Kami stop kat Changlun beli ubat kat farmasi jer.

Hari ni..Ila pun da nampak sihat sket.
Tadi plak, baru je settle tolong Ju uruskan report akhir.
Banyak dugaan betul sebelum kerani cakap okey!
Alhamdulillah. Semuanya da selesai. Moga dapat beri sepenuh tumpuan pada study.

=)
Harap..Ila cepat sembuh dan ceria seperti selalu untuk study sama-sama.
Terima kasih pada Ju yang banyak membantu untuk sama2 pastikan Ila cepat sembuh.
Terima kasih juga pada Nor, I-Must, Solehah dan Praba.
Korang kawan yang sangat2 baik hati dan ambik berat.

Bila jauh dari family, di sinilah pentingnya kawan.
Kawan yang sentiasa sedia membantu di saat suka, duka, sihat mahupun sakit.
Moga kebaikan kawan-kawan semua dibalas dengan kejayaan yang cemerlang dalam exam nanti.
InsyaAllah.

Good luck my dear friend.
"DO THE BEST, GET THE BEST & BE THE BEST"
^_^
 
Copyright kHaShaMIMI 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .